Tuesday, June 3, 2008

Assalammualaikum,,,dah masuk pertengahan tahun dah!!!!!!

Salam kepada seluruh warga cendawan,,,,,,,,

Pejam celik -pejam celik kita dah masuk pertengahan tahun dah.....sungguh cepat masa berjalan.....kami di Mashaza Agro cuba mempertahankan strategi perniagaan kami agar stabil dan bertahan. Kerajaan baru sahaja mengumumkan akan berlaku kenaikan harga minyak dalam masa terdekat (informasi dari rakan saya dari syarikat gergasi minyak harga mungkin meningkat ke RM 2.78 per liter...) aduhhhhh...ini menakutkan akan kerana berlaku kenaikan harga produk yang lain pula nanti beras, milo, gula, tepung dan saiz roti canai mamak bertambah kecil........kami berasa pricing cendawan pun akan dinaikkan sebab harga penghantaran tentu akan naik....serta harga beg media.

Alhamdulillah, stokis kami masih mengutamakan kualiti cendawan dari kuantiti....bezanya amat ketara...cuba lihat cendawan di pasaraya-pasaraya besar.....harganya ehhhmmm memanglah murah tetapi.....cendawannya dah lunyai.....lebam pulak tu hi hi makan pun tak berani. Kami memang mendapat komen tentang masalah ini (masalah harga)....mereka membezakan kualiti cendawan segar dengan cendawan chilled.....strategi pemasaran memang penting untuk menangkis halangan seperti ini....Ya Allah berikan kekuatan kepada kami petani Cendawan!!!!


Di dalam post terbaru ini saya masukkan aktiviti terbaru di Mashaza.......kita kongsi bersama ok.....terima kasih.....


Rak baru beli......

Rak lama masih maintain.....


Syok niaga ngan famili.....sepupu Yuyi pun bantu.


Transfer ke rak baru....yang nak harvest.

Ni adik saya Jijoe.....siswazah UITM...he is very hardworking



Kawalan kualiti amat penting...no compromise

Bantal yang bemasalah kita reject takut merebak....



Kerja dengan tulus dan hati gembira.....hasilnya???


Inilah hasilnya .....cantik, gebu dan comel....


Nyam...nyam.........rasa kesian lak aku nak petik isk isk isk


Dah petik saya masuk dalam plastik...chillkan semalaman....esok saya nak goreng letak tepung Kentucky uhh......pekena kopi kaww.....bestnnyerrr...


Ok selamat bertani dan ingatlah rezeki datang jika kita berusaha......Salam


Wan